BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 08, 2009

Hijrah Pertama...

Salam n hello there
Sebagai permulaan catatan n sempena 15 Rejab 1430H ni aku nk kongsi ngan korung semua mengenai penghijrahanku yang pertama selepas bergelar isteri selama 14 tahun dan ummi kepada anak2 perempuanku (3 orang) berumur 13, 12 dan 7 ... penghijrahan yang amat bermakna buat diriku, menunaikan umrah ke Tanah Suci, bermula pada 11 Mei 2009 (16 Jamadil Awal 1430H) hingga 22 Mei 2009 (27 Jamadil Awal 1430H). Tak dapat nak bayangkan perasaan aku masa mula2 wat keputusan untuk melaksanakan penghijrahan ni... maklum ler aku ni kira 'baik' gak dari dulu, kini dan selamanya hehe.. Tapi aku yakin Allah S.W.T sentiasa bersama aku dan atas keyakinan itu aku gagahkan jugak diri ni untuk pergi mendekatiNya... Bnyk gak ler persediaan 'mengejut' yang aku laksanakan sebelum ke sana :-D.. Tiba kat sana Aku stay d Mawaddah Safwa masa d Madinah dan Dallah Barakah masa d Mekah... kedudukan Dallah Barakah ni lebih krg 1 km dari Masjidil Haram dan d cni ler bermulanya hijrah dan pengorbanan aku... berjalan kaki sejauh 1 km d bawah suhu 41 hingga 43 darjah celcius dan berebut2 mengerjakan amal ibadah bersama berjuta umat manusia (jumlah jemaah kali ni ramai macam masa musim haji) hanya untuk mendekatkan diri aku kepada Allah S.W.T dan mendapatkan keberkatan n 'kemabruran' umrahku...Alhamdullillah segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah... semasa kali pertama berhadapan dengan Kaabah dengan sendirinya air mataku meleleh dan aku percaya sape jer yang telah menjalani ibadah umrah atau haji pasti sama perasaannya macam aku pada ketika tu.. begitu juga ketika membuat tawaf selamat tinggal.. air mata sentiasa meleleh sampai ke saat akhir aku melihat kaabah depan mataku...indah, tenang, mendamaikan dan segalanya yang baik ada di Kaabah...sedih untuk meninggalkannya tapi apakan daya aku terpaksa kerana aku bayar travel agent untuk 12 hari jer hehe.. Apapun segalanya indah dan menarik untuk dceritakan d cni n as usual sesape sajer yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci mesti bercita-cita untuk mengulanginya lagi.. macam tu gak aku..Semoga amal ibadahku diterima oleh Allah S.W.T dan sekiranya ada rezekiku aku nak meneruskan hijrahku yang kedua.. menunaikan Fardu Haji... bilalah tu yer :-)? Insyaallah harap2 dalam waktu terdekat ni... AMIN.... nk share ngan korung sket pic aku masa kat sana.. adios amigos

0 comments: