Salam n helo there...
Sekali lagi aku keudara di alam maya ini... hari sabtu lepas aku menghadiri dua sesi makan2 ... Majlis perkahwinan anak kawan Bak in law aku n kenduri arwah belah sedara Mak in law aku... maka berubah lg jarum penunjuk alat penimbang di rumahku hehe..
Hari ni pula, aku antara insan terpilih ... in short noticed! menghadiri sesi ceramah yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di JOTIC.. Kepentingan Bahasa Kebangsaan Dalam pembetukan Jati Diri dan Negara-Bangsa Malaysia...Amat menarik sekali sesi ceramah yang pada mulanya aku sifatkan sebagai membosankan, puasa gak antara faktor penyumbang kebosanan tu kot! cheh sajer carik alasan aku ni.. In d end ceramah tu mmg best sbnrnya. Yang amat mengagumkan aku penceramah undangan merupakan seorang berbangsa Cina berasal dari Kelantan, Prof. Dr. Teo Kok Seong, profesor sosiolinguistik, UKM, anak kelahiran Kelantan... mmg aku tabik spring kat dia yang begitu memartabatkan Bahasa Melayu, dia pn tak segan silu mengatakan orang cina mmg ramai tidak fasih berbahasa melayu dan salah satu puncanya kerana orang melayu sendiri 'berbahasa pasar' klu bercakap dengan bangsa lain! contoh klu korung p pasar ke, p kedai mamak ke bahasa apa korung guna masa berdialog ngan diaorg? hehe sure bahasa pasarkn... sama gak cam aku temasuk kat opis ni bila ada bangsa lain yg xpandai Bahasa Melayu, slanga pasar tu jugak ler yg aku guna bg diaorg paham! tapi mcm xsyok lak guna Bahasa Melayu semasa berurusan ek .. contoh p kedai mamak .. camno nk habaq ek... 'Anee, sila ambil pesanan saya ya... Saya hendak segelas teh tarik dan sepinggan toseh. Terima kasih'... :-P boleh gitu? heheh. Apa pn slanga pasar ni gak ler antara faktor penyebab anak2 kiter krg cemerlang dalam mengarang Bahasa Melayu di sekolah dan akhirnya banyak berubah menjadi karangan Bahasa Pasar... Apo nk buek hehe... Bahasa yang membahasakan ... sekian N3 aku kali ni, jumpa lagi.... TATA
0 comments:
Post a Comment