BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 30, 2010

CINTA, RINDU ... KEHILANGAN

Salam n helo there,


Perghhh lama betul x mengepost n3 kat cni! Agak tegezut jugekkk, wlupun ada antaranya pembaca yg sama... yg pentingggg pembaca yg melewati blog ahkakkkk ni dah jejak 1,000 dikk! Thanks a lot kpd korung semua yg tak segan silu mengunjungi blog aku dan memberi aku harapan untuk terus berkarya d cni... chewah!

Cinta, rindu... kehilangan, ermmm kenapa ntah tiba2 jer aku rasa nk cter pasal ni. Mungkin kisah yg berlaku sejak akhir2 ni terkesan dalam hati aku. Yelah che abe baru jer balik bertugas semula selepas bercuti seminggu... seminggu??? yaaa, seminggu, kenapa, xpecaya ke? xpuas?? dah tentu ler beb! Pd aku klu che abe cuti sebln pn belum tentu puas... ermm mula ler korung tu pk ke lain! haiipppppp!!!
Cinta dan rindu ... Tak tau kenapa, semenjak dua menjak ni aku dah mula rasa semacam... dulu rasa semacam ni kurang, lately ni plak c semacam ni melebih2! Lepas aje che abe aku balik bertugas semula, aku terasa kehilangan yg amat sangat... serius beb, mmg ler sblm ni perasaan yg sama timbul setiap kali dia balik bertugas semula, tapi kali ni lain seh, sedih gilerrr! tiap kali aku cium baju dia dah tentu begenang air mata ni... wahhh sarat betul rindu aku kat dia kali ni! Ini menunjukkan betapa kuatnya cinta aku... ya terlalu mencintai dia, harapanku agar dia juga berperasaan yg sama! Tapi aku kena kuat melawan rasa rindu ni, lagipun perpisahan ini cuma sementara, sementara masih ada rezekinya di bumi An'bia, sementara dia masih kuat untuk mencari rezeki yg halal, sementara dia masih berdaya untuk memenuhi tuntutan kehidupan buat kami sekeluarga... Sekuat manakah aku? aku sendiri tak pasti sampai bila keadaan ini akan berlarutan... Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi dan memberi kekuatan buat kami berdua.... AMINNN
Perpisahan ... aku yakin tiada siapa yg mahukannya, sama ada sementara atau kekal.. yg pasti perpisahan kekal itu sesuatu yg amat menyakitkan dan memilukan ... bagaimana menghadapinya??? redha atau tidak??? Aku sendiri tidak pasti kerana belum pernah melaluinya ... sesungguhnya takdir Allah S.W.T. itu tiada siapa pn dapat menduganya dan kiter sebagai hambaNya perlu menerima takdir itu dgn sepenuh hati! Ini mengingatkan aku kepada seorang sahabat, terlalu kasihan mengenangkan nasibnya selepas musibah yang berlaku minggu lalu... suaminya hilang tanpa khabar berita! hanya kereta yang ditemui tanpa pemandunya... pelbagai andaian dan cerita mula timbul, yang pasti aku amat merasai kesedihannya namun aku xberdaya untuk berkongsi kesedihan itu atas kehendaknya sendiri... ingin menyendiri buat masa ini! Dia yg aku kenal terlalu bergantung dan terlalu mempercayai suaminya sehingga dia sanggup berkorban apa sajer utk seorang suami, yg secara tidak langsung dan sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang d hati kami, sahabat2nya. Bila berlakunya musibah ini aku tak dapat membayangkan bagaimana dia akan hidup pada hari2 mendatang tanpa suami d sisi. Paling menyayat hati aku bila dia beritau suaminya telah memenuhi segala kehendaknya sebelum perpisahan itu terjadi... sungguh memilukan, tidak pasti ini merupakan perpisahan sementara atau buat selama-lamanya... Hanya Allah S.W.T. mengetahui segala2nya... semoga sahabatku ini bangkit semula dan cekal menghadapi apa sajer rintangan yang mendatang. Pandang anak2 yang masih memerlukan kekuatan dirimu sahabat!
Musibah ini bnyk memberi pengajaran pada aku. Aku bersyukur kerana masih tahu dimana suamiku berada, kerana masih mendengar suara, gelak tawa dan kesedihan suami hampir setiap hari dan masih ada tempat untuk aku berkongsi cerita, berkongsi emosi samada gembira atau kecewa, sedangkan sahabatku????.... Musibah ini juga mengajarku agar jgn terlalu bergantung kepada pasangan, sikap mengambil tahu apa sajer yg dilakukan pasangan amat penting dan Jgn memberi 100% cinta dan kasih itu pada pasangan, biar berpada2 supaya kiter tidak merasa padahnya selepas berlaku kehilangan. Akhir sekali, hargai pasangan sementara masih ada waktu untuk bersama wlupn kadangkala amat menyakitkan dan membosankan... fitrah hidup berpasangan, sesuatu yg menjengkelkan itu kadang kala boleh menjadi tali ikatan yg kukuh dalam hubungan .... Semoga n3 aku kali ini dapat memberi pengajaran yg terbaik buat diriku sendiri dan korung yang masih mempunyai pasangan hidup, tidak kira sama ada sebumbung atau berjauhan .... SALAM

0 comments: