BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 30, 2010

CINTA, RINDU ... KEHILANGAN

Salam n helo there,


Perghhh lama betul x mengepost n3 kat cni! Agak tegezut jugekkk, wlupun ada antaranya pembaca yg sama... yg pentingggg pembaca yg melewati blog ahkakkkk ni dah jejak 1,000 dikk! Thanks a lot kpd korung semua yg tak segan silu mengunjungi blog aku dan memberi aku harapan untuk terus berkarya d cni... chewah!

Cinta, rindu... kehilangan, ermmm kenapa ntah tiba2 jer aku rasa nk cter pasal ni. Mungkin kisah yg berlaku sejak akhir2 ni terkesan dalam hati aku. Yelah che abe baru jer balik bertugas semula selepas bercuti seminggu... seminggu??? yaaa, seminggu, kenapa, xpecaya ke? xpuas?? dah tentu ler beb! Pd aku klu che abe cuti sebln pn belum tentu puas... ermm mula ler korung tu pk ke lain! haiipppppp!!!
Cinta dan rindu ... Tak tau kenapa, semenjak dua menjak ni aku dah mula rasa semacam... dulu rasa semacam ni kurang, lately ni plak c semacam ni melebih2! Lepas aje che abe aku balik bertugas semula, aku terasa kehilangan yg amat sangat... serius beb, mmg ler sblm ni perasaan yg sama timbul setiap kali dia balik bertugas semula, tapi kali ni lain seh, sedih gilerrr! tiap kali aku cium baju dia dah tentu begenang air mata ni... wahhh sarat betul rindu aku kat dia kali ni! Ini menunjukkan betapa kuatnya cinta aku... ya terlalu mencintai dia, harapanku agar dia juga berperasaan yg sama! Tapi aku kena kuat melawan rasa rindu ni, lagipun perpisahan ini cuma sementara, sementara masih ada rezekinya di bumi An'bia, sementara dia masih kuat untuk mencari rezeki yg halal, sementara dia masih berdaya untuk memenuhi tuntutan kehidupan buat kami sekeluarga... Sekuat manakah aku? aku sendiri tak pasti sampai bila keadaan ini akan berlarutan... Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi dan memberi kekuatan buat kami berdua.... AMINNN
Perpisahan ... aku yakin tiada siapa yg mahukannya, sama ada sementara atau kekal.. yg pasti perpisahan kekal itu sesuatu yg amat menyakitkan dan memilukan ... bagaimana menghadapinya??? redha atau tidak??? Aku sendiri tidak pasti kerana belum pernah melaluinya ... sesungguhnya takdir Allah S.W.T. itu tiada siapa pn dapat menduganya dan kiter sebagai hambaNya perlu menerima takdir itu dgn sepenuh hati! Ini mengingatkan aku kepada seorang sahabat, terlalu kasihan mengenangkan nasibnya selepas musibah yang berlaku minggu lalu... suaminya hilang tanpa khabar berita! hanya kereta yang ditemui tanpa pemandunya... pelbagai andaian dan cerita mula timbul, yang pasti aku amat merasai kesedihannya namun aku xberdaya untuk berkongsi kesedihan itu atas kehendaknya sendiri... ingin menyendiri buat masa ini! Dia yg aku kenal terlalu bergantung dan terlalu mempercayai suaminya sehingga dia sanggup berkorban apa sajer utk seorang suami, yg secara tidak langsung dan sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang d hati kami, sahabat2nya. Bila berlakunya musibah ini aku tak dapat membayangkan bagaimana dia akan hidup pada hari2 mendatang tanpa suami d sisi. Paling menyayat hati aku bila dia beritau suaminya telah memenuhi segala kehendaknya sebelum perpisahan itu terjadi... sungguh memilukan, tidak pasti ini merupakan perpisahan sementara atau buat selama-lamanya... Hanya Allah S.W.T. mengetahui segala2nya... semoga sahabatku ini bangkit semula dan cekal menghadapi apa sajer rintangan yang mendatang. Pandang anak2 yang masih memerlukan kekuatan dirimu sahabat!
Musibah ini bnyk memberi pengajaran pada aku. Aku bersyukur kerana masih tahu dimana suamiku berada, kerana masih mendengar suara, gelak tawa dan kesedihan suami hampir setiap hari dan masih ada tempat untuk aku berkongsi cerita, berkongsi emosi samada gembira atau kecewa, sedangkan sahabatku????.... Musibah ini juga mengajarku agar jgn terlalu bergantung kepada pasangan, sikap mengambil tahu apa sajer yg dilakukan pasangan amat penting dan Jgn memberi 100% cinta dan kasih itu pada pasangan, biar berpada2 supaya kiter tidak merasa padahnya selepas berlaku kehilangan. Akhir sekali, hargai pasangan sementara masih ada waktu untuk bersama wlupn kadangkala amat menyakitkan dan membosankan... fitrah hidup berpasangan, sesuatu yg menjengkelkan itu kadang kala boleh menjadi tali ikatan yg kukuh dalam hubungan .... Semoga n3 aku kali ini dapat memberi pengajaran yg terbaik buat diriku sendiri dan korung yang masih mempunyai pasangan hidup, tidak kira sama ada sebumbung atau berjauhan .... SALAM

Monday, March 15, 2010

SELAMAT HARI LAHIR

Salam n helo there,

Semalam merupakan hari lahir kakak @ Nadia Syafiqah yang ke-14. Dilahirkan dengan berat 3.28kg pada 15.3.1996, kakak merupakan buah cinta pertama antara ummi dan abah diikuti dengan Aya n Adah. Tiada apa yang ummi harapkan selain daripada kejayaan kakak di dunia dan bekalan yang mencukupi untuk akhirat... Selamat Hari Lahir anakku, semoga sukses di dalam hidup dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T. .... Aminnnn....






Saturday, March 06, 2010

PEREMPUAN ITU ...!

Salam n helo there,


Aku sakit ati tengok muka dia! who d hell she think she is! manusia paling munafik yg penah aku jumpa dalam dunia ni! Dulu dia penah jatuh dan tak dipedulikan.. tapi selepas d beri peluang oleh Allah S.W.T untuk bangkit semula, dia tak menghargainya wlupn perkataan bersyukur atas nikmat Allah S.W.T tak penah lekang dr mulutnya!

Aku bukan jenis manusia yg tak boleh terima teguran... selagi ia betul aku akan terima.. tapi memang pantang orang pertikaikan kerja-kerja aku! come on dah 15 tahun aku mencari rezeki d tempat ni... semua org kenal aku, meeting xbermakna tnpa org mcm aku, minit mesyuarat aku siap on time even earlier dr KPI yg ditetapkn, keje aku siap on time, dh 2 bos aku jaga so far diaorg happy n xde mslh dgn aku...bukan aku nk belagak mcm aku bagus sangat tapi sekurang2nya aku xpenah menyusahkan org lain mcm apa ko buat skg! Cara ko bercakap semalam as if kitaorg Pembantu Khas kat organisasi ni manusia paling tak guna! kononnya bos2 kitaorg ni xsibuk mcm ko WTF! Klu ko bagus sgt kenapa ko balik semula kat sini sebelum tamat tempoh kontrak ko dipinjamkn kat tempat tuttt! Sbb ko sbnrnya hanya boleh becakap tp tak boleh bekerja WTF!

Aku pelik semalam hanya ada 2-3 org jer manusia sejawatan dgn aku yg bermasalah tp kenapa yang lain2 terbabit? Ko terus ler hamun sape yg bemasalah tu! ni tak dpn diaorg cukup punya baik becakap tp lps tu ko leh sound kitaorg semua mcm kitaorg pn salah sama WTF! Ni belum lg peringkat nk naik pngkt nnti ntah apa2 lg ko sound kitaorg ni as if kitaorg mmg x produktif, as if membazir amik kitaorg ramai2 tp xde sumbangan kat organisasi! Ko penah ke tau meeting yg secoet pn kena carik PA nk amik minit! ko penah ke tau betapa menggelatatnya kerani kanan, kerani even pegawai bila xde PA nk masuk amik minit! WTF! Aku mmg bengang giler! dh ler elaun masuk mesyuarat dpotong n jawatan baru kitaorg dgn kenaikan gred ke N27 wat bodoh jer! balik2 ko asyik sebut elaun 12o hengget tu! pergghhhh merah telinga aku! Tapi semalam aku mmg xbukak mulut... sbb apa? sbb aku masih respect ko sbg ketua aku! sbb aku masih ada akal fikiran wlupn telinga aku menanahhhh jer dengo apa ko ckp! klu ikut hati aku yg panas mmg tebalik meja meeting tu semalam! Yg PA2 sengal tu pun satu, wat muka seposen jer mcm xsalah... korung punya masalah ler yg buat kitaorg ni tebabit sama! WTF!
Semalam dan hari ini aku betul2 marah dan panas dgn perempuan itu.... esok, lusa? Hanya takdir yang akan menentukan! Sekadar luahan rasa, xde kena mengena dengan yg hidup!