BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 07, 2010

JIWA KACAU...

Salam n helo there,

Kenapa tiba2 jiwa kacau ni? Dalam seminggu ni mcm ada sesuatu yg mengganggu fikiran, menyesakkan dada, menimbulkan pelbagai prasangka, ditambah dengan kesihatan aku yg tak mengizinkn 3-4 hari ni...tahun lepas Alhamdulillah sepanjang tahun sihat tp tahun ni xsngka plak awal2 tahun dh dserang batuk, mngkn ubat batuk yg mempengaruhi aku sampai jiwa jd kacau mcm ni... erkkk, xkn ler aku ketagih ubat batuk plak ek!
Mungkin keje aku gak menyumbang kpd masalah jiwa kacau ni, MUAK tu perkataan yg sesuai! hari2 mengadap keje yg sama, org yg sama, masalah yg sama... huh! Menyesal plak aku tolak tawaran interview dgn MARDI 2 thn lepas, klu tak sure dh pangkat baru d tmpt yg baru... konpiden jer :-p! Padan muka aku, syg sgt dgn MBJB, apa yg aku dapat? HAMPEH!! Nasib menyebelahi aku sbb dpt bos yg baik, understanding n tak lokek, then balik keje on time unless ada meeting, tu jelah! lain2 ttp HAMPEH!
Nak update blog pun malas! yang ni pn KACAU gak! ada hati nak buat blog... sampai masa biarkan bersawang dan berkulat.... huhh!! bape banyak yg dah tertinggal untuk diupdate.. antaranya Aya ditawarkan ke asrama sama tempat ngan kakak pada 18 Januari 2010 (Isnin), Kemangkatan DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni AlMarhum Sultan Ismail pada usia 77 tahun pada 22 Januari 2010 (Jumaat), Lawatan Paperless ke Majlis Perbandaran Manjung pada 28 Januari 2010 n last skali Family Day Bahagian Kejuruteraan Awam, di Kukup Golf Resort pada 30 dan 31 Januari 2010 (Sabtu dan Ahad)... KACAU betul JIWA!
BERJAUHAN juga berkait rapat dgn jiwa kacau aku... skg ni hanya tinggal aku dan Adah saje d rumah... hari2 mcm ni... BOSAN kata Adah... kata aku jugak! Tapi apa bleh aku buat... Dah tertulis rezeki suami di tempat org... dah tertulis anak2 berjauhan untuk menuntut ilmu, mana mungkin aku menyalahkan takdir! Andai aku diberi pilihan saat ini... aku hanya ingin bersama suami dan anak2ku melalui hari2 mendatang bersama-sama, susah senang, suka duka, nangis gembira, masalah bahagia... semuanya inginku kongsikan bersama mereka seperti dulu! Aku pecaya, hanya PENGORBANAN dapat merubah segalanya... sanggup ke aku bekorban lg? Sanggup ke aku kembali kpd cara hidup yg lebih SEDERHANA drp apa yg aku miliki skg ni? Sanggup ke aku hanya terus berangan2 menggapai bulan dan bintang sdgkn aku berpijak di bumi nyata? Sanggup ke aku terus menjadi pemerhati di atas kemewahan dan kesenangan orang lain? Sanggup ke aku terus memendam perasaan untuk mendapatkan sesuatu hanya kerana aku ingin si suami dekat di sampingku? ENTAH.... itu jwpn terbaik, jawapan ke tu?
Kata orang, andai jiwa kacau, lakukan sesuatu yg dpt menenangkn hati... dekatkan diri padaNya, itu jalan terbaik.... Aku dah cuba tapi blum bejaya... Mungkin ada kesilapan/keikhlifan lalu yg menyebabkan masih ada ruang2 kosong antara aku dan DIA...Ya Allah, berikanlah RahmatMu ke atas diriku, semoga JIWA KACAU ini pergi jauh dan tidak lagi membelenggu hidupku... AMINNN

0 comments: