BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 04, 2009

IBADAH KURBAN... ANTARA KELEBIHAN DAN TUNTUTAN

Salam n helo there,

Fuhhh lama dh xbersiaran d cni... as usual SIBUK! perkataan paling montoppp setiap manusia yg tidak punya kesempatan untuk membuat sesuatu....menyampah! Tp serius lorr mmg aku sibuk dlm 2 minggu ni... ingatkn bila bos p haji dpt elex2 lepak chill sket, ni tak makin betambah keje aku huhu...Nk wat lagu mana .... SAYA YG MENURUT PERINTAH....

Ok back to topic... pada 28.11.09 (Sabtu), sehari selepas Raya Haji... termakbul doaku dan tercapai hajatku untuk melaksanakan ibadah kurban, yg berlangsung di Bengkel Kejuruteraan Awam, MBJB, Taman Mount Austin. Alhamdulillah, aku benar2 bersyukur di atas limpahan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. buat kami sekeluarga sejak akhir2 ini. Semoga ibadah kurban kami sekeluarga diterima, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.... AMINNNN....

PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.* Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
















































Sekitar Majlis Kurban Di Bengkel Kejuruteraan Awam, Mount Austin

0 comments: