BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 21, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Salam n helo there,
Hari ni 4 Muharram 1431H (12 Dis 09) ... Barangkali belum terlewat untuk aku melahirkan ucapan SALAM MAAL HIJRAH 1431H buat korung yang masih sudi melewati blog aku ni. Wlupun sambutan Awal Muharram amat berbeza suasananya dengan sambutan Tahun Baru tetapi kesannya tetap ada kepada kita sebagai umat Islam. BERHIJRAH UNTUK KEBAIKAN, antara slogan biasa yg sering diucapkan. Aku percaya sebagai manusia kita tidak pernah lari daripada perkataan HIJRAH ini, sama ada untuk kebaikan, pengorbanan mahupun keduniaan. Agak sukar juga membuat keputusan bagi melakukan PENGHIJRAHAN tapi andai kita tidak mencuba, sudah tentu hasilnya tidak dapat dirasai. Begitu juga dengan aku... melepaskan suami BERHIJRAH mencari rezeki di luar negara sejak beberapa tahun yang lalu antara PENGORBANAN yang paling sukar pernah aku buat. Pada mulanya amat perit melalui kehidupan seorang diri bersama anak2... Alhamdulillah aku dapat melaluinya sedikit demi sedikit dengan sokongan penuh drp suami, keluarga terdekat dan sahabat2 setia. Sesungguhnya bumi Allah S.W.T ini amat luas serta dipenuhi dengan rezeki... Sudah tertulis rezeki kami sekeluarga berada di bumi Anbia'. Aku benar2 bersyukur ke atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T buat kami sekeluarga... Moga tiap keputusan PENGHIJRAHAN yang dibuat akan sentiasa membahagiakan dan tidak merugikan... InsyaAllah... SALAM MAAL HIJRAH 1431H buat kalian....

Thursday, December 17, 2009

MEMPERKASA BAHASA PENJAJAH & JEMPUTAN KENDURI KAWIN

Salam n helo there,

Akhirnya muncul gak N3 aku kali ni yek! Dah berkali2 aku masuk blog nak update... baru nk taip tajuk ada plak keje, baru nk log in ada plak bunyi tipon, baru nk ngadap pc ada plak yg goda ajak borak... tp xpelah berkat kesabaran dan ketabahan aku, sekali lagi jari jemariku berballe menari lembut d papan kekunci hari ini, berkongsi story2 yg berlaku sekitar beberapa minggu yang lalu... yelah mesti korung dah boringkn, asal masuk cni asyik tngk vdeo lembu kena semelih! asal tngk vdeo lembu kena semelih, korung masuk cni! hehe....

Ok, on 8, 9 n 10 Disember 09, I've sent kakak, aya, adah n mirul (kak long's son) 4 English Camp in Hutan Bandar, organized by Puan Rohana Musa (my english class teacher 4 d past few weeks). I juz want them to have fun n gain smethng new during this school holidays... maakk aiii writing london kekdahnya! fuh tegeliat jari aku nk taip omputeh ni heheh.. Aku berkesempatan gak tngk xtvt diaorg sblh ptg masa nk amik diaorg balik dari camp tu... so far not bad gak modul n xtvt yg disediakan... wlupn bnyk main dr blajo huhu, at least diaorg dpt pengalaman baru, d samping kwn2 baru n d best part is Adah was awarded as d most cutest person heheh cute ke? haruzz lehhh! So kat cni aku sharekn pic diaorg masa camp aritu ...









Orait, abis cter pasal english camp, kiter cter pasal kompang2 gibing2, kepak2 kebum2, lak eh... selain drp musim hujan n cuti2 malaysia, yg sering dibuat org sempena cuti sekolah ni xlain xbukan majlis kenduri kawin. Maka beduyun tiba kad saman pelbagai warna n bau atas meja kat opis, maupn atas meja kat umah. So dapo aku menjadi tidak berasap bukan saje setiap hari malahan setiap hujung minggu sejak cuti sekolah ni.. Nak wat camner adapn menjemput org menghadiri kenduri itu sunat dan bg aku yg menerima jemputan haruzzz lehhh menjadi wajibkn! Selain daripada menghadiri majlis kenduri kawin member/anak member d opis, sepupu aku n anak sedara sepupu hubby aku pn telah mengakhiri zaman anak dara mereka pada 5hb n 12hb tempohari... kepada Zaihan n Farah, ucapan yg xpatut diikut.... SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU YG MEMENATKAN! SEMOGA TABAH MENGHADAPI SEBARANG DUGAAN bleh gitu :-P? Iskhh xbaik tul aku nikn! wat patahkn semangat org nk kawin jer hehe...oklah ucapan standard dr bibirku yg mongel ini SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT..... AMINNNN

Hanya gambo ni aje yg sempat aku amik! (Kenduri Farah) yg lain
sbb dh ada jurugambo so tenaga aku x diperlukn huhu

Friday, December 04, 2009

IBADAH KURBAN... ANTARA KELEBIHAN DAN TUNTUTAN

Salam n helo there,

Fuhhh lama dh xbersiaran d cni... as usual SIBUK! perkataan paling montoppp setiap manusia yg tidak punya kesempatan untuk membuat sesuatu....menyampah! Tp serius lorr mmg aku sibuk dlm 2 minggu ni... ingatkn bila bos p haji dpt elex2 lepak chill sket, ni tak makin betambah keje aku huhu...Nk wat lagu mana .... SAYA YG MENURUT PERINTAH....

Ok back to topic... pada 28.11.09 (Sabtu), sehari selepas Raya Haji... termakbul doaku dan tercapai hajatku untuk melaksanakan ibadah kurban, yg berlangsung di Bengkel Kejuruteraan Awam, MBJB, Taman Mount Austin. Alhamdulillah, aku benar2 bersyukur di atas limpahan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. buat kami sekeluarga sejak akhir2 ini. Semoga ibadah kurban kami sekeluarga diterima, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.... AMINNNN....

PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.* Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
















































Sekitar Majlis Kurban Di Bengkel Kejuruteraan Awam, Mount Austin