BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 21, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Salam n helo there,
Hari ni 4 Muharram 1431H (12 Dis 09) ... Barangkali belum terlewat untuk aku melahirkan ucapan SALAM MAAL HIJRAH 1431H buat korung yang masih sudi melewati blog aku ni. Wlupun sambutan Awal Muharram amat berbeza suasananya dengan sambutan Tahun Baru tetapi kesannya tetap ada kepada kita sebagai umat Islam. BERHIJRAH UNTUK KEBAIKAN, antara slogan biasa yg sering diucapkan. Aku percaya sebagai manusia kita tidak pernah lari daripada perkataan HIJRAH ini, sama ada untuk kebaikan, pengorbanan mahupun keduniaan. Agak sukar juga membuat keputusan bagi melakukan PENGHIJRAHAN tapi andai kita tidak mencuba, sudah tentu hasilnya tidak dapat dirasai. Begitu juga dengan aku... melepaskan suami BERHIJRAH mencari rezeki di luar negara sejak beberapa tahun yang lalu antara PENGORBANAN yang paling sukar pernah aku buat. Pada mulanya amat perit melalui kehidupan seorang diri bersama anak2... Alhamdulillah aku dapat melaluinya sedikit demi sedikit dengan sokongan penuh drp suami, keluarga terdekat dan sahabat2 setia. Sesungguhnya bumi Allah S.W.T ini amat luas serta dipenuhi dengan rezeki... Sudah tertulis rezeki kami sekeluarga berada di bumi Anbia'. Aku benar2 bersyukur ke atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T buat kami sekeluarga... Moga tiap keputusan PENGHIJRAHAN yang dibuat akan sentiasa membahagiakan dan tidak merugikan... InsyaAllah... SALAM MAAL HIJRAH 1431H buat kalian....

Thursday, December 17, 2009

MEMPERKASA BAHASA PENJAJAH & JEMPUTAN KENDURI KAWIN

Salam n helo there,

Akhirnya muncul gak N3 aku kali ni yek! Dah berkali2 aku masuk blog nak update... baru nk taip tajuk ada plak keje, baru nk log in ada plak bunyi tipon, baru nk ngadap pc ada plak yg goda ajak borak... tp xpelah berkat kesabaran dan ketabahan aku, sekali lagi jari jemariku berballe menari lembut d papan kekunci hari ini, berkongsi story2 yg berlaku sekitar beberapa minggu yang lalu... yelah mesti korung dah boringkn, asal masuk cni asyik tngk vdeo lembu kena semelih! asal tngk vdeo lembu kena semelih, korung masuk cni! hehe....

Ok, on 8, 9 n 10 Disember 09, I've sent kakak, aya, adah n mirul (kak long's son) 4 English Camp in Hutan Bandar, organized by Puan Rohana Musa (my english class teacher 4 d past few weeks). I juz want them to have fun n gain smethng new during this school holidays... maakk aiii writing london kekdahnya! fuh tegeliat jari aku nk taip omputeh ni heheh.. Aku berkesempatan gak tngk xtvt diaorg sblh ptg masa nk amik diaorg balik dari camp tu... so far not bad gak modul n xtvt yg disediakan... wlupn bnyk main dr blajo huhu, at least diaorg dpt pengalaman baru, d samping kwn2 baru n d best part is Adah was awarded as d most cutest person heheh cute ke? haruzz lehhh! So kat cni aku sharekn pic diaorg masa camp aritu ...









Orait, abis cter pasal english camp, kiter cter pasal kompang2 gibing2, kepak2 kebum2, lak eh... selain drp musim hujan n cuti2 malaysia, yg sering dibuat org sempena cuti sekolah ni xlain xbukan majlis kenduri kawin. Maka beduyun tiba kad saman pelbagai warna n bau atas meja kat opis, maupn atas meja kat umah. So dapo aku menjadi tidak berasap bukan saje setiap hari malahan setiap hujung minggu sejak cuti sekolah ni.. Nak wat camner adapn menjemput org menghadiri kenduri itu sunat dan bg aku yg menerima jemputan haruzzz lehhh menjadi wajibkn! Selain daripada menghadiri majlis kenduri kawin member/anak member d opis, sepupu aku n anak sedara sepupu hubby aku pn telah mengakhiri zaman anak dara mereka pada 5hb n 12hb tempohari... kepada Zaihan n Farah, ucapan yg xpatut diikut.... SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU YG MEMENATKAN! SEMOGA TABAH MENGHADAPI SEBARANG DUGAAN bleh gitu :-P? Iskhh xbaik tul aku nikn! wat patahkn semangat org nk kawin jer hehe...oklah ucapan standard dr bibirku yg mongel ini SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT..... AMINNNN

Hanya gambo ni aje yg sempat aku amik! (Kenduri Farah) yg lain
sbb dh ada jurugambo so tenaga aku x diperlukn huhu

Friday, December 04, 2009

IBADAH KURBAN... ANTARA KELEBIHAN DAN TUNTUTAN

Salam n helo there,

Fuhhh lama dh xbersiaran d cni... as usual SIBUK! perkataan paling montoppp setiap manusia yg tidak punya kesempatan untuk membuat sesuatu....menyampah! Tp serius lorr mmg aku sibuk dlm 2 minggu ni... ingatkn bila bos p haji dpt elex2 lepak chill sket, ni tak makin betambah keje aku huhu...Nk wat lagu mana .... SAYA YG MENURUT PERINTAH....

Ok back to topic... pada 28.11.09 (Sabtu), sehari selepas Raya Haji... termakbul doaku dan tercapai hajatku untuk melaksanakan ibadah kurban, yg berlangsung di Bengkel Kejuruteraan Awam, MBJB, Taman Mount Austin. Alhamdulillah, aku benar2 bersyukur di atas limpahan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. buat kami sekeluarga sejak akhir2 ini. Semoga ibadah kurban kami sekeluarga diterima, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.... AMINNNN....

PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.* Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
















































Sekitar Majlis Kurban Di Bengkel Kejuruteraan Awam, Mount Austin

Thursday, November 19, 2009

UPSR....TAHNIAH

Salam n helo there,

Tahniah kepada Aya, Haziq (k.ngah), Haziq (Abg Mie) yg telah memperolehi 4A 1B di dalam peperiksaan UPSR hari ini... Walau pn masih ada B apalh ertinya sgt gka nk dbandingkn jumlah A yg kat depan tu kn hehe... Nampak gayanya konsep 'SEPUPU' digunakan sebaiknya oleh kalian agar tiada yg telebih dan tekurang, agar tiada yg meninggi diri dan merendah diri dalam mengejar kejayaan ni huhu...
Tahniah gak pada sepupu aku ... Hakim (anak busu) yg berjaya dpt 5A wlupn tinggal nun jauh di kampung sana... cheh cam jauh sgt Muo tu! Tahniah juga kepada seluruh anak2 yg memperolehi keputusan cemerlang di dalam UPSR kali ini ya!
Usaha kalian semua mmg berbaloi2 dan teruskanlah agar memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang akan datang... AMINNN

Saturday, November 14, 2009

KETENTUANNYA.....

Salam n helo there,

Aku tgh boring tahap gaban ni... xtau nk wat mende.. tetiba teingat nk update blog... Ari selasa, 10.11.09 adik aku dh selamat berangkat ke Tanah Suci utk menunaikan fardu haji.... Ikut perancangan awal mmg aku ada keinginan nk ikut sama ... tp apakn daya mngkn seruan utk aku lom sampai lg... ayat standard org2 yg lom dpt gi haji hehe... Insyaallah panjang umur, murah rezeki dan gka diizinkan olehNya sampai gak aku ke Tanah Suci satu hari nnti. Aku doakan keselamatan dan kesejahteraan adik aku suami isteri bersama mak mentua dia... selamat menunaikan ibadah dan semoga dpt haji yg mabrur.... AMIN....

Bos aku ngan istri dia akan berangkat ke Tanah Suci pulak pd 17.11.09... Selamat menunaikan ibadah haji wat Haji Leman ngan Kak Ja... moga mendapat haji yg mabrur dan selamat pulang ke 'tempat keje' pada 30.12.09 ya... Hal opis jgn risau.. i leh handle ;-)... tba2 tgn ghase nk mencucuk langit... kepala ghase nk tumbuh tanduk lak ni.... MAKA.....

Ada juga kesedihan yg melanda diriku minggu ini... Hari Isnin 9.11.09 yg lalu, sebagaimana omong-omongan rakan sepejabat... akhirnya terpatri sudah janji 2 insan untuk menyimpul ikatan yg dnamakan perkahwinan... Bukan aku menidakkan jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah S.W.T... tidak sama sekali... tp ikatan perkahwinan yg dibina atas leraian ikatan sebelumnya amat mengecewakn aku! Dalam waktu yg singkat keputusan dibuat membelakangi aku sbg sahabat, menolak nasihatku sbg sahabat, membohongi aku sbg sahabat, meninggalkn aku sbg sahabat.... melebihi 8 tahun usia persahabatan yg kami bina bersama berakhir dlm sekelip mata hanya kerana LELAKI itu.... Kasihan anak2 yg baru mengenal dunia, kasihan suami yg tidak dihargai kasih sayang dan pengorbanannya wlu sedikit, kasihan sahabat yg pernah berkongsi suka duka tidak diendahkn permintaannya.... Semuanya dilupakan hanya kerana LELAKI itu! Aku betul2 terkilan dgn sikap sahabatku sendiri, seandainya dia tidak menipuku dgn kata2 yg amat melegakn hati tatkala pelbagai tomahan dilemparkn kpdnya, sudah pasti masih ada ruang kemaafan buat dirinya... tapi ternyata 9.11.09 telah membenarkan segala cerita ttng dirinya... Aku menangisi perkahwinan ini... Ya Allah kenapa aku perlu menangis atas kebahagiaan orang lain? Sama seperti soalan suamiku... untuk apa aku bersedih dan kecewa atas perkahwinan ini? Aku sendiri tiada jwpnnya... Tiada doa tiada harapan dpt ku kirimkn buat dirinya atas perkahwinan ini... aku tak tau kenapa dan sampai bila ... yg pasti dia semakin menjauh dr hidupku ... pergi membawa hatinya bersama LELAKI yg aku pasti tersenyum puas saat ini kerana dpt MERAMPASNYA drp yg BERHAK sebelum ini.... Ya Allah semoga tidak berlaku perkara yg buruk ke atas diriku dan perkahwinanku kerana tidak menyenangi ikatan perkahwinan ini.... Selamatknlah diriku dan keluargaku dunia akhirat Ya Allah...Sesungguhnya aku redha dengan KETENTUANMU YA ALLAH...

Wednesday, November 04, 2009

LATIHAN KEBAKARAN... CEMAS @ SERONOK?

Salam n helo there,
Ada yg menimbulkan persoalan, tanda tanya, questions dan segala bagai berkaitan ?... knapa aku tidak mengemaskini blog... Barangkali kalian telah merindui aku 'lebih hangat drp biasa'. Jadi suka xsuka, rajin xrajin, minat xminat ... aku kembali menunaikan janji tempohari, menunggu sehingga sarang-sarangan menampakkan benangnya dan lumut-lumutan menampakkan warnanya... akhirnya aku d cni mengadap monitor cecair paparan digitalku, memerah akal fikiran mencari bunga2 bahasa yg indah sambil melayan prasaan mengikut alunan bunyi yg kluar drp ketukan2 jari-jemariku...
Tugasan pejabat yg tidak pernah usai akhir2 ini membuatkan aku begitu lelah dan tidak punya waktu untuk berkongsi sesuatu dgn kalian. Tambahan pula kabaran dr teman2 lama tatkala menimba ilmu suatu ketika dahulu masih memenuhi kotak emailku sehingga hari ini.... Tapi itu semua tidak harus menjadi alasan buat diriku untuk terus bermalas-malasan mencari sesuatu untuk dikongsi bersama kalian yg begitu bermakna buat diriku.... Maka.....
Fuhhh!!! susah gak sbnrnya nk wat ayat 'kontrol ayu' ni ek! taip, delete, taip, delete... temenung, taip, temenung, delete, temenung, temenung, taip, temenung, delete .. watever!
Oklah arini aku nk kongsi gambo2 yg diambik secara tak sengaja atau disengajakan oleh kameraman tetap dan berpencen MBJB... Encik Bahri@ Pakcik masa latihan kebakaran tmpt keje aku on 27th Okt 2009 yg lalu. Komen aku .. not bad tp trlalu 'terancang'! Maksud aku patutnya keadaan mesti ler mcm hari2 biasa dgn kat dpn opis penuh kenderaankn.. ni tak parking dah 0 utk letak lori bomba, pastu sesama kiter ni dok asyik tnya kul bape nk mula ni, nk mula kul bape ni, ni nk mula kul bape... hehe... Part yg paling best tu bunyi siren bagai nk rak tp masih ramai gak mangkuk yg wat dek/wat pekak badak, smpi bos aku yg dh turun ke tmpt brkumpul naik balik nk pastikn anak buah dia bg kejesama! Iskh klu btul2 ler tebako .. kesian bos aku... mesti masuk paper tajuk utama 'Keberanian Ketua Jabatan Membawa Padah' huhu....
Latihan kebakaran ini gak mengingatkn aku masa zaman skolah rendah.... Darjah 5 klu xsilap... Masa tu latihan yg sama, bdk2 begasak turun nk slamatkn diri wlupun hanya lakonan semata2 xde kene mengena ngan yg idup maupn yg dh mati! Tp aku yg begitu 'naif' masa tu chewah konon! dengan kelam kabut mengemas buku dan terus menyandang beg utk turun ke bawah, sampai cikgu yg aku dh lupa nama dia gelak2 ckp kat aku 'Awak xpayah bawak beg Suhana, ni cuma latihan jer mcm belakon'... Sib baik zaman bdk2 so xyah nk kontrol cun dpn abg bomba! Akhirnya aku jadi bahan gelak member2 satu kelas... iskh ghasenya kulit muka aku tu lbh tebal dr buku 300 mukasurat hokey!
Walau apa pn, latihan kebakaran ni perlu d amik serius sbnrnya... yelah rata2 yg aku nmpk spnjng latihan tu lbh kpd beseronok2 ...turun tangga pn ala2 miss universe gtu, siap leh borak2 lg... yg best tu ada yg turun dr lif! gila B%$# ... mule ler aku nk jd Prof. Dr. Teo Kok Seong ni! Yelah kata org malang xberbaukn... niat pihak Bomba tu bagus utk keselamatan kiter cuma budaya xamik kisah dah bemaharajalela dlm diri kiter tu yg selalu jd penyebab sampai timbul pepatah 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian xguna'! In d end... Ketua Pasukan Bomba tu wat teguran kenapa masing2 turun sehelai sepinggang tnpa membawa bersama barang2 peribadi yg beharga temasuk beg tangan! Tiba2 kenangan lebih 20 tahun yang lalu kembali mengisi kotak fikiran aku.... cikgu kata xyah bwk beg tp bomba kata suh bwk .... Gegirl keliruuuuuu....




Sekitar hari kejadian

Jejaka idaman malaya pd hari kejadian.... 'Syg jgn main mata lak ngan aweks kat mbjb tu' Pesanan ikhlas c kekasih/istri melalui telefon hehe....
Kerana gambo ni aku dgelar pelakon wanita terbaik semasa hari kejadian! Jatuh saham mak nyah sbb gambo ni! huhu buroksnya mukerku itu....

D.Bandar xmelepas peluang 'bermain dgn api'... jaga2 datuk jgn smpi tebako diri hehe...

Monday, October 19, 2009

LEBARAN MELABUHKAN TIRAINYA

Salam n helo there,






Lama dah aku xpost N3 kat cni, nmpk cam dh ijau2 sket blog aku ni ek, apa tu? cam lumut jer! hehe.. Dah dekat 3 minggu gak blog ni tebiar sepi tnpa sentuhan jari jemariku... Apa nk buat masa aku mmg terhad lately ni... mana ngan timbunan keje nk kena siapkn.. mana ngan timbunan email fren2 aku masa kat ITM nk bejawab, mana ngan timbunan jemputan makan sana sini.. tak pegi kang takut kecik ati lak, mana ngan badan aku dh mula 'menimbun' ... kira masuk gak tu! Jadi kerana tuntutan masa aku yg agak kritikal nilah, aku redha membiarkan blogku bertukar warna wat seketika huhu...


Sedo xsedo dh masuk bulan Zulkaedah kiterkn... Lps Maghrib nnti, Syawal akan melabuhkan tirainya... so jgn ngengada nk wat umah tebuka bagai, ghaye dh abis! Klu ada gak gamaknya umah tebuka Deepavali ler tu... Biawak black pepper wunek :-p! Syawal yg menghilang membawa besama kenangan buat aku. Wlupun tnpa somi d cc, ghaye thn ni ttp meriah... manakn tidak, pantang kngkwn ngajak umah tebuka, ceruk manapn, nescaya aku akan sampai membawa perutku utk diisi :-p. Ada gak brita sedih yg aku trima ghaye ni... sahabat somiku Jais blog Walangkopo telah kembali ke Rahmatullah pada 26 September 2009 akibat kanser paru2... AL-FATIHAH. Takziah buat isteri dan anak2 Jais, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkn di kalangan orang2 beriman... AMIN....

Raya kali ni gak tiba2 mail box ku dipenuhi dgn email kengkwn lama semasa d ITM, pendek kata dlm seminggu dua ni meriah ler... ada jer cter bermula dgn jemputan rumah terbuka yg tidak tau siapa gerangannya, diikuti dgn cadangan konvoi ke rumah tebuka Rodzi sehingga membawa kepada kisah ESQ, penambahan berat badan, menunggang motor beso, blajo ckp nogoghi, menjadi broker somi, mempromosi perabot2 umah utk dijual, melancong, mengajar anak2 ala2 tunjuk baik dpn somi!, gathering on 22th of Nov, kisah somi istri yg ni sket2 jer xleh lbh2 sbb kesiankn aku! last but not least luahan rasa tak puas ati atas kekayaan org lain lagu ni punya manusia pn ada! Seronok rasanya bila dpt berkomunikasi semula setelah lama menyepi, yelah masing2 sibuk ngan family n keje, sekali sekala mcm ni ok gak ek.

So oklah, thats all 4 now, nnti bila blog aku ni dah mula nk besarang aku update laie yek... Till then layan je gambo2 ni.... ADIOS

Sesi mengumpat d tpon namanya ni! Tngk muka dh tau hehe


Ni masa geng2 kat opis dtg umah... menu mee kari... sodapppp




Jamuan Hari Raya Jabatan Aku di Bengkel M&E Mount Austin




Saturday, September 26, 2009

HAPPY BIRTHDAY ADAH!

Salam n helo there,

Hari ni, 26.9.09 merupakan birthday Adah yang ke-7... dilahirkan dengan berat 3.87kg secara normal... Aku mula sakit nak melahirkan pada pagi 25.9.2002.. hari lahir aku sendiri! Tapi mmg dah ketentuan daripadaNya, Adah lahir ke dunia pada pagi 26.9.02... mmg xnk sama tarikh lahir ngan aku ler tu!

Kepada Adah... selamat hari lahir sayang... Jadilah anak yang baik, solehah, rajin, bijak pandai dan boleh berbakti pada ummi ngan abah serta orang yang lebih tua drp Adah yer nak!... Semoga panjang umur, murah rezeki dan hidup sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. dunia dan akhirat.... AMIN....



.

Friday, September 25, 2009

AKU KINI 37 TAHUN...

Salam n helo there,

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke-37 tahun. Syukur ku panjatkan kepadaMu Ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas dan hidup di muka bumi ini... Moga aku tidak pernah lupa dengan RahmatMu Ya Allah... Moga peluang dan kenikmatan yang Kau berikan untuk aku kali ini tidak aku sia-siakan... Moga kasih sayang dan limpah kurniaMu akan terus bertambah buat diriku, suamiku, anak-anakku, kedua ibu bapa serta ibu bapa mertuaku, saudara2/ipar ku, sahabat2ku serta seluruh umat Islam di dunia ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada suami, anak-anak, saudara2/ipar dan sahabat2 yang telah memberikan ucapan tahniah di atas pertambahan usiaku ini. Semoga doa restu kalian mengiringi perjalanan hidupku buat selama-lamanya.... Amin....




Thursday, September 24, 2009

LEBARAN YANG SEMAKIN DITINGGALKAN

Salam n helo there,
Hari ni dah pn raya ke-5... cepatnya masa berlalukn! Aku dah start keje semalam... xamik cuti raya pn thn ni. Bagi sesape yg berposer sunat 6, bermula raya ke-2 aritu kira lg 2 hari ler nk berayakn... aku? poser 6? hehe ... tunggu ler ek! silap2 lps Syawal baru aku poser... GANTI ler! Amacam berat badan korung pas 5 ari besarapan pagi? ... Aku mcm biasa... NAIK! huhu nk wat camner dh mmg d takdirkn bdn jenis xleh trima makanan, mula ler menyerap lemak tepu!...
Raya tahun ni mcm tahun lps dan tahun2 sblmnya... aku ttp pegi beraya ke rumah sedara2 tedekat belah che abe aku... Sebelah aku plak, sbb jauh2, maka kena ler pk panjang sket nk pegi ke tak... bleh ek gitu :-p... Apa2 pn kat cni aku ada paste gambo ghaye baru2 ni utk tatapan kalian yg merindui aku... chewah rindu kerrr? haruzz lerr noks! ... mcm2 pesen ada, nengok jelah eh....bye!
Sehari sebelum raya... wat bacaan Yasin n Tahlil anak beranak

Kat umah parent aku...
Ni dpanggil gambo gaya bebas/gila kentang... mesti ada tiap thn!

Pesen baju yg sama, corak yg sama, kain yg sama,
warna ngan umur jer lain!

Kat umah parent in law aku... mak in law aku smpt menjwb tpon
sambil posing hehehe...